Monday, April 26, 2010

Excuse me, Mr.President; Can I get your date?

Utusan Malaysia, 26 April 2010 melaporkan...........

Palanivel sedia ganti Samy Vellu

HULU SELANGOR 25 April - Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel berkata, beliau bersedia mengambil alih tampuk kepimpinan parti itu, bagaimanapun ia terpulang kepada Presiden, Datuk Seri S. Samy Vellu untuk memberi laluan kepadanya. Palanivel berkata, beliau tidak boleh membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu sebaliknya hanya Samy Vellu berhak berbuat demikian. ''Saya sentiasa bersedia tetapi hanya Presiden parti boleh membuat keputusan mengenainya," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kuala Kubu Bahru di sini hari ini. Pilihan raya kecil itu dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan yang mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi. Sementara itu, Samy Vellu ketika ditemui enggan menyatakan bila beliau mahu meletakkan jawatan sebagai Presiden MIC. ''Ini bukan masa yang sesuai untuk bercakap mengenai perkara itu," katanya.

No comments:

Post a Comment